Wednesday

Bengkel Kek & Hiasan

Pada bulan Mei yang lalu, persatuan PELANGI Hospital USM telah menganjurkan bengkel kek dan hiasan dengan kerjasama dari pihak MARA Binjai. Bengkel ini diadakan bertempat di Pusat Giat MARA Binjai. Seramai 20 orang ahli persatuan Pelangi telah menyertai bengkel yang sungguh bermanfaat ini. Selain dibekalkan dengan ilmu asas membuat kek dan membuat hiasan kek cawan, para peserta juga dapat membuat sendiri hiasan pada kek cawan bersama tenaga pengajar yang sentiasa sedia membantu. Setiap peserta juga berpeluang membawa pulang hasil tangan masing-masing untuk dirasai bersama keluarga di rumah.

Tempat diadakan bengkel kek & hiasan.

Tenaga pengajar dan para peserta.

Salah seorang peserta bengkel sedang membancuh adunan.

Kek pandan hasil tangan para peserta.

Bancuhan untuk kek pandan berlapis.

Tenaga pengajar menunjukkan teknik/cara untuk memotong kek pandan dalam proses membuat kek pandan berlapis.


Lapisan demi lapisan di susun sambil diperhatikan para peserta.


Para peserta tekun mencuba sendiri membuat kek pandan berlapis.



Adunan untuk membuat kek gulung.





Melakar corak pada permukaan kek gulung.



Hasil lakaran corak pada permukaan kek gulung setelah dibakar.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek gulung.

Hiasan pada kek cawan. Hiasan Angry Bird.

Para peserta bersama tenaga pengajar dan hasil yang telah dilakukan pada bengkel tersebut.

Berserta buah tangan untuk di bawa pulang bagi setiap peserta.


Thursday

Bengkel Membuat Coklat di Giat MARA Binjai

Pada hari Sabtu, 22 April 2012, seramai 17 orang telah menyertai bengkel membuat coklat yang bertempat di pusat Giat MARA Binjai. Keseluruhan peserta itu terdiri daripada ahli-ahli PELANGI dan orang awam yang merupakan saudara mara kepada staf HUSM. Bengkel ini bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Dijayakan oleh seorang tenaga pengajar, iaitu Puan Nur Azira Hanim Rohin dengan dibantu oleh 4 orang pelajar Giat MARA yang masih lagi tengah menjalani latihan di situ. Setiap ilmu yang dikongsi bersama mudah difahami dan rata-rata peserta bengkel berpuas hati dengan perkongsian ilmu ini. Selain itu, setiap peserta turut dibekalkan dengan cenderahati berupa coklat yang pelbagai jenis yang telah dipelajari dan dihasilkan bersama di bengkel ini. Sekalung penghargaan dan selautan terima kasih kami ucapkan kepada tenaga pengajar, para pembantunya dan pihak Giat MARA Binjai dan Tumpat di atas sesi pembelajaran yang ceria dan berkesan di hati setiap peserta ini.

Dari kiri: Tenaga pengajar, bahan-bahan membuat coklat, peserta bengkel.

Coklat almond

Si Jantung Hati. Langkah membuatnya bermula dari kanan atas, ke bawah, seterusnya ke kiri.



Cenderahati hasil pembelajaran & perkongsian ilmu yang di bawa pulang oleh setiap peserta bengkel.

Tuesday

Ceramah Pengurusan Kewangan Peribadi dari pihak AKPK


Pada 2 November 2011 yang lalu, satu ceramah Pengurusan Kewangan Peribadi telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari AKPK untuk berkongsi tips dan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Syukur alhamdulillah penganjuran ceramah oleh persatuan PELANGI ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Hospital USM. 


Penyampaian cenderahati dari Pengerusi PELANGI kepada penceramah dari AKPK

AJK PELANGI bersama Dato' Dr. Zaidun (Pengarah HUSM) dan penceramah dari AKPK

Jualan Garaj PELANGI HUSM


Pada 24 - 25 Ogos 2011 yang lalu, Persatuan PELANGI telah menganjurkan Jualan Garaj sempena kehadiran bulan Syawal / sambutan hari raya Aidilfitri. Pelbagai barangan terpakai telah dikumpul (hasil sumbangan orang ramai/staf Hospital USM dan AJK PELANGI) dan disaring terlebih dahulu sebelum dipilih untuk dijual kepada orang ramai. Barangan terpakai yang dijual terdiri daripada pelbagai beg terpakai, pakaian terpakai, barangan permainan kanak-kanak, majalah dan pelbagai barangan terpakai lain yang masih lagi elok dan cantik.


Sepanjang tempoh jualan diadakan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Syukur ke hadrat ilahi Jualan Garaj pertama anjuran Persatuan PELANGI ini berjalan lancar walau AJK dan ahli PELANGI yang terlibat terpaksa bekerja keras di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Selain booth barangan terpakai PELANGI, jualan ini turut disertai oleh Sime Darby dengan menyediakan produk keluaran mereka untuk dijual dan juga dari pelbagai individu lain yang telah menyewa booth yang telah disediakan. Dana yang terkumpul seterusnya digunakan untuk memberi sumbangan kepada insan yang lebih memerlukan.