Thursday

Bengkel Membuat Coklat di Giat MARA Binjai

Pada hari Sabtu, 22 April 2012, seramai 17 orang telah menyertai bengkel membuat coklat yang bertempat di pusat Giat MARA Binjai. Keseluruhan peserta itu terdiri daripada ahli-ahli PELANGI dan orang awam yang merupakan saudara mara kepada staf HUSM. Bengkel ini bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Dijayakan oleh seorang tenaga pengajar, iaitu Puan Nur Azira Hanim Rohin dengan dibantu oleh 4 orang pelajar Giat MARA yang masih lagi tengah menjalani latihan di situ. Setiap ilmu yang dikongsi bersama mudah difahami dan rata-rata peserta bengkel berpuas hati dengan perkongsian ilmu ini. Selain itu, setiap peserta turut dibekalkan dengan cenderahati berupa coklat yang pelbagai jenis yang telah dipelajari dan dihasilkan bersama di bengkel ini. Sekalung penghargaan dan selautan terima kasih kami ucapkan kepada tenaga pengajar, para pembantunya dan pihak Giat MARA Binjai dan Tumpat di atas sesi pembelajaran yang ceria dan berkesan di hati setiap peserta ini.

Dari kiri: Tenaga pengajar, bahan-bahan membuat coklat, peserta bengkel.

Coklat almond

Si Jantung Hati. Langkah membuatnya bermula dari kanan atas, ke bawah, seterusnya ke kiri.



Cenderahati hasil pembelajaran & perkongsian ilmu yang di bawa pulang oleh setiap peserta bengkel.

Tuesday

Ceramah Pengurusan Kewangan Peribadi dari pihak AKPK


Pada 2 November 2011 yang lalu, satu ceramah Pengurusan Kewangan Peribadi telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari AKPK untuk berkongsi tips dan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Syukur alhamdulillah penganjuran ceramah oleh persatuan PELANGI ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Hospital USM. 


Penyampaian cenderahati dari Pengerusi PELANGI kepada penceramah dari AKPK

AJK PELANGI bersama Dato' Dr. Zaidun (Pengarah HUSM) dan penceramah dari AKPK

Jualan Garaj PELANGI HUSM


Pada 24 - 25 Ogos 2011 yang lalu, Persatuan PELANGI telah menganjurkan Jualan Garaj sempena kehadiran bulan Syawal / sambutan hari raya Aidilfitri. Pelbagai barangan terpakai telah dikumpul (hasil sumbangan orang ramai/staf Hospital USM dan AJK PELANGI) dan disaring terlebih dahulu sebelum dipilih untuk dijual kepada orang ramai. Barangan terpakai yang dijual terdiri daripada pelbagai beg terpakai, pakaian terpakai, barangan permainan kanak-kanak, majalah dan pelbagai barangan terpakai lain yang masih lagi elok dan cantik.


Sepanjang tempoh jualan diadakan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Syukur ke hadrat ilahi Jualan Garaj pertama anjuran Persatuan PELANGI ini berjalan lancar walau AJK dan ahli PELANGI yang terlibat terpaksa bekerja keras di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Selain booth barangan terpakai PELANGI, jualan ini turut disertai oleh Sime Darby dengan menyediakan produk keluaran mereka untuk dijual dan juga dari pelbagai individu lain yang telah menyewa booth yang telah disediakan. Dana yang terkumpul seterusnya digunakan untuk memberi sumbangan kepada insan yang lebih memerlukan.



Monday

Sumbangan Zakat Sempena Bulan Ramadhan


Majlis yang ringkas ini dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis.

Sempena bulan Ramadhan yang lalu, ahli-ahli Persatuan PELANGI HUSM telah sebulat suara berbesar hati bagi menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas kepada staf yang memerlukan. Selain itu kami turut menerima sumbangan peribadi dari beberapa individu yang ingin ikut serta memberikan sumbangan kepada insan-insan yang lebih memerlukan untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadhan dan ketika Syawal menjelma. Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan PELANGI dan penerima sumbangan yang terdiri daripada staf Hospital USM, dan turut diserikan dengan kehadiran para isteri pengurusan tertinggi Hospital USM. 

Sedikit ucapan dari Datin Dayang Sufiah (isteri Pengarah Hospital USM).

Sumbangan ikhlas berupa barangan keperluan harian dan sumbangan duit zakat.

AJK Persatuan PELANGI bersama penerima sumbangan.