Thursday

Bengkel Membuat Coklat di Giat MARA Binjai

Pada hari Sabtu, 22 April 2012, seramai 17 orang telah menyertai bengkel membuat coklat yang bertempat di pusat Giat MARA Binjai. Keseluruhan peserta itu terdiri daripada ahli-ahli PELANGI dan orang awam yang merupakan saudara mara kepada staf HUSM. Bengkel ini bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Dijayakan oleh seorang tenaga pengajar, iaitu Puan Nur Azira Hanim Rohin dengan dibantu oleh 4 orang pelajar Giat MARA yang masih lagi tengah menjalani latihan di situ. Setiap ilmu yang dikongsi bersama mudah difahami dan rata-rata peserta bengkel berpuas hati dengan perkongsian ilmu ini. Selain itu, setiap peserta turut dibekalkan dengan cenderahati berupa coklat yang pelbagai jenis yang telah dipelajari dan dihasilkan bersama di bengkel ini. Sekalung penghargaan dan selautan terima kasih kami ucapkan kepada tenaga pengajar, para pembantunya dan pihak Giat MARA Binjai dan Tumpat di atas sesi pembelajaran yang ceria dan berkesan di hati setiap peserta ini.

Dari kiri: Tenaga pengajar, bahan-bahan membuat coklat, peserta bengkel.

Coklat almond

Si Jantung Hati. Langkah membuatnya bermula dari kanan atas, ke bawah, seterusnya ke kiri.



Cenderahati hasil pembelajaran & perkongsian ilmu yang di bawa pulang oleh setiap peserta bengkel.

No comments:

Post a Comment