Aktiviti


Majlis Sumbangan Zakat


Majlis ini telah diadakan pada 21 Ogos 2011 bagi memberi sumbangan zakat kepada staf-staf Hospital Universiti Sains Malaysia. Pelangi HUSM telah berjaya mengumpulkan sedikit dana untuk disumbangkan kepada 10 orang staf HUSM  yang terpilih sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sejajar dengan objektif penubuhan Pelangi HUSM iaitu untuk kebajikan dan melakukan amal jariah atau kegiatan-kegiatan yang menuju ke arah pendidikan dan kebajikan serta taraf isteri dan staf wanita Hospital Universiti Sains Malaysia, majlis sumbangan ini telah dipengerusikan oleh Datin Dayang Sufiah Azamain, selaku Pengerusi Pelangi HUSM. 
Barangan berbentuk makanan seperti beras, milo, susu, tepung, gula, dan biskut telah diagihkan kepada 10 orang peserta. Majlis yang pertama kalinya diadakan ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.