Perutusan Pengerusi




Pengerusi Pelangi HUSM,
Datin Dayang Sufiah Azamain.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Terlebih dahulu, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PELANGI HUSM  yang sepakat untuk mengadakan majlis ringkas pada pagi ini.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, majlis sumbangan zakat ini merupakan majlis pertama Persatuan Pelangi selepas berdaftar secara sah dengan Pejabat Pendaftaran Persatuan pada bulan lalu.

PELANGI HUSM ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melakukan amal jariah atau kegiatan-kegiatan yang menuju kearah pendidikan dan kebajikan isteri dan staf wanita HUSM.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyatupadukan isteri kepada staf dan staf wanita di semua peringkat pentadbiran. Selaras dengan itu, majlis kita pada hari ini bersesuaian dengan tujuan PELANGI HUSM ditubuhkan.

Untuk makluman para hadirin sekalian, PELANGI HUSM baru sahaja mempunyai kira-kira 30 orang ahli. Justeru itu, marilah sama-sama kita mengwar-warkan kepada semua tentang penubuhan persatuan ini kerana keahliannya sedang dibuka sekarang.


Akhir kata, saya berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan berharap agar kewujudan PELANGI HUSM diterima dikalangan warga HUSM.



Sekian, Wabillah hitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.


Pengerusi Pelangi HUSM,
Datin Dayang Sufiah Azamain. 

No comments:

Post a Comment